Menabung demi masa depan

emrzi
0

Terdapat pelbagai cara atau tempat untuk kita menyimpan duit untuk kegunaan di masa depan dan juga untuk kecemasan.

Simpanan di bank biasanya adalah untuk kecairan dan pulangan dari pihak bank adalah amat minima.

Selain itu, bagi simpanan jangka panjang, kita boleh menyimpan di instrumen unit amanah seperti Public Mutual, CIMB Wealth Advisor, Kenanga Investment dan seumpamanya. Pulangan keuntungan kebiasaan di antara 8 - 20 peratus setahun. Instrumen ini amat sesuai bagi pelabur biasa yang tidak ingin meluangkan masa membuat pelaburan terus di kaunter BSKL. 

Penulis sendiri telah mengumpulkan keuntungan lebih 50% hasil dari pelaburan menggunakan dana KWSP, dengan jangka masa lebih dari 7 tahun. 

Simpanan di Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional juga menjadi pilihan bagi orang kebanyakan orang kita untuk menyimpan duit mereka. Keuntungan biasanya antara 7% hingga 12% setahun.  Pihak banknjiga mdnyediakan perkhidmatan pinjaman bagi mereka yang ingin membuat pelaburan dalam saham Amanah Saham Nasional. 

Apa yang penting kita mesti tahu apa keperluan kita di masa hadapan selain menyediakan diri kita untuk hari-hari persaraan. 




Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)