Cadet Pilot Programme

emrzi
0

MARA menawarkan pinjaman bagi mengikut kursus kadet pilot juruterbang dan peluang kerjaya sebagai juruterbang dengan syarikat penerbangan terkemuka.

Syarat-syarat untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:

- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Lepasan MRSM 2017 dan lulus gred A bagi tujuh matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan dua (2j matapelajaran lain.
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
- Sihat fizikal dan mental dengan ketajaman penglihatan 6/60 tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna.

Pelajar yang berminat menyertai program ini dan memenuhi syarat boleh mendapatkan borang di pejabat MRSM bermula 15 Mac 2018 mulai jam 11 pagi. Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke pejabat MRSM masing-masing pada atau sebelum 23 Mac 2018 jam 4 petang.

Alamat pejabat MARA adalah seperti di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 3, Ibupejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)