Soalan Umum Pelaburan Dalam Saham Amanah

emrzi
0
Soalan Umum Pelaburan Dalam Saham



AmanahTarikh: 8 Julai 2008Sumber: www.bharian.com.my

BIASANYA dalam interaksi antara ejen saham amanah dan pelabur, hanya ejen
yang banyak bercakap, manakala pelabur lebih banyak mendengar.Tidak
banyak soalan yang relevan ditanyakan oleh pelabur kecuali soalan lazim -
“berapa banyak dividen akan diberikan oleh saham amanah ini?” atau “apakah
jumlah minimum untuk memulakan pelaburan?”.Tetapi untuk memperoleh
manfaat sepenuhnya daripada pelaburan saham amanah, anda mestilah bersedia untuk
bertanya banyak soalan.Jawapan yang anda peroleh daripada ejen itu boleh
membantu anda menentukan sama ada melabur dalam saham amanah yang ditawarkan itu
bersesuaian dengan matlamat pelaburan anda.Ini juga dapat mengelakkan
anda daripada melabur dalam produk saham amanah yang tidak bersesuaian tetapi
dipromosikan secara berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang
tinggi daripada penjualannya.

Antara soalan cadangan yang anda patut
tanyakan kepada ejen anda.Adakah
saham amanah ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC)?Semua
produk saham amanah mestilah didaftarkan dengan SC. Untuk memastikan produk
pelaburan itu didaftarkan dengan SC, hubungi 03-62048000 dan minta disambungkan
kepada Jabatan Tabung Amanah Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau lawati laman
web SC di www.sc.com.my.

Berapa lama syarikat saham amanah itu sudah beroperasi? Apakah rekod atau prestasi syarikat
itu dalam memberikan pulangan yang dijanjikan? Pelabur perlu memeriksa latar belakang sesebuah syarikat saham amanah, termasuk syarikat yang
akan menguruskan dana berkenaan (jika dana itu diuruskan oleh pengurus dana
luar).

Cari maklumat mengenai rekod prestasi dan pengalaman mereka. Anda mesti
berusaha untuk mengenali mereka yang diamanahkan bagi mengendalikan wang hasil
titik peluh anda.Adakah dana itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan profil risiko anda?

Sebelum anda bertanyakan soalan ini, anda mesti mengetahui dan
yakin mengenai matlamat pelaburan anda dan berapa banyak risiko pelaburan yang
anda mampu tanggung (risiko pelaburan pada umumnya adalah keadaan yang mungkin
berlaku dan menyebabkan anda menanggung kerugian).

Sekarang ini, ada banyak jenis dana di pasaran, setiap satu dengan manfaat dan risiko tersendiri (Lebih tinggi pulangan yang dijanjikan, lebih tinggi risiko yang terpaksa ditanggung).

Justeru, penting bagi anda memahami dana yang ditawarkan dan memilih dana yang
benar-benar bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan kesanggupan anda
menghadapi risiko. Misalnya, jika anda mahu pendapatan yang konsisten, anda
perlu melabur dalam dana yang menyediakan pulangan konsisten. Anda tidak
seharusnya membiarkan diri dipaksa oleh mana-mana ejen untuk melabur dalam dana
yang tidak bersesuaian dengan anda.

Apa yang berlaku kepada wang yang dilaburkan dalam dana berkenaan? Di manakah wang itu akan dilaburkan? Setiap dana saham amanah mempunyai strategi pelaburannya sendiri untuk memenuhi matlamat pelaburan. Contohnya, bagi dana ekuiti, pada umumnya, kebanyakan daripada aset itu dilaburkan dalam ekuiti syarikat tersenarai di bursa saham yang berpotensi
untuk berkembang dan bukan syarikat saham mewah yang menawarkan dividen yang
konsisten. Sebaliknya, dana bon akan melaburkan kebanyakan dananya dalam produk
bon yang berisiko rendah.

Amat penting bagi pelabur mengetahui bahawa dalam produk pelaburan yang manakah dana itu akan melabur, kerana ini mempunyai implikasi terus ke atas tahap toleransi risiko pelabur. Jika dana itu melabur dalam produk berisiko tinggi, saham amanah itu sendiri akan menjadi pelaburan berisiko tinggi.

Bagaimana hendak mengetahui bahawa dana yang anda laburkan itu berkeadaan baik? Bagaimana hendak membandingkannya dengan dana yang lain? Setiap dana mempunyai
ukur rujuknya sendiri (sesuatu yang anda boleh jadikan ukuran prestasi), yang
dinyatakan dalam prospektus.

Anda boleh membandingkan kadar pulangan anda dengan ukur rujuk atau penanda aras berkenaan. Ukur rujuk yang biasa bagi dana ialah Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) manakala bagi dana bon, biasanya adalah pada kadar purata 12-bulan deposit tetap bank.Selain itu, anda boleh membandingkan dana anda dengan dana lain yang mempunyai kriteria sama.

Contohnya, jika anda melabur dalam dana bon, bandingkan prestasinya dengan dana
bon yang lain. Saham amanah yang lebih kompleks mungkin mempunyai ukur rujuk
yang lebih kompleks.

Bagaimana anda boleh membuat keuntungan daripada dana itu? Untung modal atau dividen?

Jika anda melabur dalam saham amanah, pulangan anda mungkin dalam bentuk
keuntungan modal (jika pergerakan harga unit memuaskan) atau dividen (jika
syarikat pengurusan mengumumkan ada bayaran dividen). Pastikan ejen anda
memberikan penerangan mengenai perkara ini dan baca prospektus.

Adakah anda perlu membayar sebarang
bayaran atau caj?

Setiap pelaburan mempunyai kos, begitu juga
pelaburan dalam saham amanah. Syarikat pengurusan saham amanah mungkin
mengenakan caj pengagihan/transaksi seperti caj jualan dan/atau caj penebusan
apabila anda membeli dan menjual unit dan mengenakan bayaran pengurusan dan
bayaran pemegang amanah setiap tahun bagi perkhidmatan yang mereka sediakan.
Ejen anda mesti menjelaskan semua itu kepada anda. Baca prospektus untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai bayaran dan caj.

Jika anda mengubah fikiran selepas melabur dalamsesuatu dana, bolehkan anda menjualkannya semula kepada syarikat itu dan
mendapat bayaran balik sepenuhnya?

Pelabur diberikan ‘tempoh
bertenang’ iaitu masa yang diberikan kepada pelabur bagi memikirkan semula sama
ada mereka mahu meneruskan pelaburan dalam saham amanah itu atau pun tidak.

Tertakluk kepada syarat, pelabur saham amanah berhak mendapat bayaran balik
sepenuhnya jika dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelaburan dalam dana
berkenaan dalam masa ‘tempoh bertenang’. ‘Tempoh bertenang’ adalah hak anda.
Keterangan lanjut mengenai ‘tempoh bertenang’ ada dinyatakan dalam
prospektus.

Jika anda mahukan wang
semula dengan segera, mudahkan menjualkan dana berkenaan?

Berapa lama mesti
menunggu sebelum boleh mendapatkan wang itu semula?Saham
amanah adalah pelaburan yang mudah dijual beli. Anda boleh berjumpa dengan ejen
dan menyerahkan notis penebusan bagi menebus kembali unit anda dan mendapatkan
wang kembali. Penting bagi anda mengetahui bila anda akan mendapat semula wang
anda supaya anda lebih bersedia sekiranya anda memerlukan wang itu dengan
segera. Tanyakan ejen anda. Butiran lanjut mengenai penebusan boleh didapati
dalam prospektus.

Adakah anda akan
mendapat apa-apa penyata berkaitan dengan status pelaburan daripada syarikat
pengurusan?

Proses pemantauan anda akan menjadi lebih mudah jika
anda menerima penyata daripada syarikat pengurusan berkaitan status pelaburan
anda. Dapatkan penjelasan mengenai kekerapan anda akan mendapat penyata
berkenaan.

Anda mesti memantau pelaburan anda. Di mana anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat
mengenai dana berkenaan?

Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu
dana saham amanah terdapat dalam prospektus dan laporan tahunannya. mintalah
prospektus itu daripada ejen anda dan bacalah sebelum melabur.

Sumber: Pusat Perkembangan Industri Sekuriti
SC
.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)